Hari ini adikku Ain balik dan membawa resipi baru iaitu Cendawan dan udang MasakLemak Cili Padi. Bahan-bahannya adalah:
3 pekit kecil cendawan tiram
1/4 kilo udang kertas besar
25 biji cili padi besar
1 biji santan kelapa (pekat)
2 keping asam gelugur
Cara:
Cili padi dikisar sehingga lumat. Masukkan ke dalam ke dalam periuk dan masak hingga mendidih, masukkan santan sehingga santan juga mendidih, masukkan udang, cendawan, garam dan asam keping.
Kacau dan masak hingga mendidih dan terbit minyak.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment