Wednesday, January 5, 2011

Mee Kuah Tomato

Bahan-bahan


600 g mee kuning
300 g daging yang dipotong kecil dan direbus
300 g udang
300 g sawi putih
5 kelopak kobis
1 tin kecil tomato puri
1 mangkuk air rebusan daging
1/2 sudu teh lada putih
2 biji bawang besar dihiris bulat
4 ulas bawang putih dikisar
12 tangkai cili kering dikisar
Setangkai daun sup dan daun bawang dihiris halus Garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya


• Panaskan minyak di atas kuali, tumiskan bawang besar hingga wangi.
• Masukkan bawang putih, cili giling dan serbuk lada putih.
• Kemudian masukkan daging, udang, tomato puri dan air rebusan daging.
• Apabila mendidih masukkan kobis, sawi dan mee kuning. Kacaukan rata-rata.
• Masukkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.
* Anda jugak boleh menambahkan bawang goreng atau cili jeruk jika mahu.

No comments:

Post a Comment