Monday, December 21, 2015

Lempeng Oat

Sebelum ini saya ambil oat yang telah siap dalam peket pada setiap pagi. Doktor saya sarankan pengambilan oat setiap hari sangat baik untuk jantung, saluran dan pembuluh darah. Oat juga boleh melancarkan peredaran darah dari tersekat oleh kolestrol. Dan ianya telah terbukti apa bila saya mengambil oat kolestrol saya telah hilang 100% dan doktor telah hentikan pengambilan ubat kolestrol.

Oat yang saya ambil tu harganya agak mahal, jadi saya berhasrat nak cuba oat segera ini, sayangnya susah pula nak telan. Bagi memudahkan pengambilannya saya cadang untuk mask oat ini dengan cara-cara tersendiri. Jom cuba resepi saya kali ini..... jommm


Bahan-bahan

3/4  cawan tepung gandum
1 1/2 cawan instant oatsmeal (biasanya dalam bungkusan warna merah - apa brand pun tak pe)
1 biji telur 
1 cawan air masak (sejuk)
1/2 sudu teh garam

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan di atas dan bancuh sehingga menjadi menjadi batter. Jangan terlalu pekat kerana apabila dah masak, lempeng akan jadi keras. Seelok-eloknya batter biar cai seperti batter tepung goreng pisang.

Dalam masa yang sama, panaskan kuali sapukan dengan sedikit minyak dan terus masukkan 3 senduk  (senduk yang saya gunakan senduk kecil). Ratakan batter dengan senduk untuk jadikan bulat yang cantik dan tebal lempeng yang sama rata.  Jangan lupa terbalikkan lempeng setelah ianya kekuningan.


Dengan aduan di atas sejumlah 5 keping lepeng boleh dihasilkan dan hidangan ini untuk 2 - 3 orang. Hidangkan dengan sambal tumis, serunding daging, ayam atau ikan, kuah asam pedah ataupun kari. 

Cubalah ....

Tuesday, May 5, 2015

Apam Beras

Bahan-bahannya.

2 cwn nasi sejuk (nasi biasa)
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Monday, May 4, 2015

BLACK PEPPER SAUCE

Resepi : Chef Amer Hamzah

Bahan - bahan :

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu

Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

1.Mula-mula kita panaskan mentega
2. tambahkan sedikit minyak olive oil
3.Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4.Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6.Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7.Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8.Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9.Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.

Tuesday, April 28, 2015

PETUA - TAUHU LEBIH TAHAN

Tahukah anda di Melaka terdapat 2 jenis tauhu 4 segi. Tauhu putih seperti gambar sebelah dan satu lagi adalah tauhu goreng. Lama sudah saya menetap di Kuala Lumpur dan sehingga ke hari ini belum pernah bertemu dengan tauhu goreng tersebut.

Tauhu goreng senang nak simpan, hanya letakkan di dalam peti sejuk. Manakala bagi penyimpan tauhu putih di bawah adalah petua supaya ianya tahan lama.

Tauhu tersebut akan menjadi lebih tahan apabila ia dididihkan sebentar. Kemudian biarkan ia terendam dalam air rebusan sehingga air itu sejuk. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk.

Monday, April 27, 2015

PUTU PIRING

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras

3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi


Cara-membuatnya:

1.   Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. 
2.   Ayak dan biarkan sejuk. 
3.   Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.
4.   Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. 
5.   Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seelok-eloknya gunakan air panas. 
6.   Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dengan sedikit minyak. 
7.   Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi di atasnya. 
8.   Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.
9.   Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. 
10. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. 
11. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Sedia untuk dihidang.

Sunday, April 26, 2015

Bendi Rebus Tidak Berlendir & Tahan Lama

Bendi enak dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun ramai yang kurang gemarkan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir. Ada cara untuk memastikan bendi tidak berlendir apabila dimasak. Cara-caranya ialah:

BAHAN-BAHAN:

Bendi
1 sudu minyak masak
Air

CARA-CARA:

1. Didihkan air bersama minyak masak.

2. Masukkan bendi dan rebus seketika.

3. Angkat dan toskan air. Hasilnya bendi anda tidak akan berlendir bahkan kesegarannya juga lebih lama.

Sumber : Rasa/karangkraf

Thursday, April 16, 2015

Kek Coklat

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan:

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.

Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

Sumber: http://hanasuva.com/

Wednesday, April 15, 2015

Bibimbap

Bahan-bahan:

280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:

Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.

Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.

Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

Sumber: http://hanasuva.com/

Tuesday, April 14, 2015

CAKOI

Bahan-bahannya :

● 1kg tepung gandun
● 1 pkt instant yeast (mauripan)
● ½ cawan minyak mazola}
● 1½ cawan gula pasir }satukan
● 3½ cawan air }
● sedikit garam }
● 1 sudu teh bikarbonat soda
● 1 sudu teh air kapur
● 2 biji telur

Cara-caranya :

1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaul.
2. Masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air.
3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.
4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.
5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.
6. Ambil sedikit adunan dan canaikan.
7. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm
8. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
9. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
10. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana

Sedap makan begitu sahaja atau disapu dengan mentega, kaya, jem atau dimakan bersama kuah kacang/sos.

Saturday, February 21, 2015

Popia

Popia adalah makan yang berasal dari Negear China, tetapi ianya telah dijadikan makanan banyak negara. Negara China banyak makanan yang dibuat dari pelbagai jenis sayur-sayuran termasuklah tee pee.

Bahan-Bahan Popia:

15 keping kulit popiah ( ros beli kt baticrom)

150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)

200gram tauge ( kira satu paket tu lah)

1 biji telur

1/2 batang carrot

1/2 batang timun

1/2 cawan mix vegetable

2 ketul tauhu goreng

lada sulah

1/4 biji bawang besar

Cara-Caranya

1.   Kupas bawang besar dan bersihkan udang dan ambil isi sahaja, cincang halus kedua-duanya. Timun dan carrot di hiris kiub, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub dan pukul telur sedikit menggunakan garpu.

2.   Panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak kemudian hancurkan. Gaul sebati.

3.   Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dengan sedikit air - jadikan pes untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.

4.   Letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai, 

Sunday, February 8, 2015

BEGEDIL MAGGI

Bahan-bahannya :

Bahan A:
● Sebungkus Mee Maggi - direbus/ rendam air panas
● Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa)

Bahan B:
● Jintan Manis - ditumbuk halus
● Bawang merah - dihiris kecil
● Udang - dibuang kulit
● Cili hidup - dihiris kecil
● Daun bawang - dihiris kecil
● Sedikit telur - 1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur
● Sedikit air
● Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

1. Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan.

2. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak.

3. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas.

Bergedil Maggi ni sedap dimakan panas-panas. Ia juga boleh dicicah dengan sos cili dan mayones. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Denaihati Network