2 cawan tepung beras
3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi
Cara-membuatnya:
1. Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit.
2. Ayak dan biarkan sejuk.
3. Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.
4. Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan.
5. Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seelok-eloknya gunakan air panas.
6. Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dengan sedikit minyak.
7. Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi di atasnya.
8. Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.
9. Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
10. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
11. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment