Tuesday, April 28, 2015

PETUA - TAUHU LEBIH TAHAN

Tahukah anda di Melaka terdapat 2 jenis tauhu 4 segi. Tauhu putih seperti gambar sebelah dan satu lagi adalah tauhu goreng. Lama sudah saya menetap di Kuala Lumpur dan sehingga ke hari ini belum pernah bertemu dengan tauhu goreng tersebut.

Tauhu goreng senang nak simpan, hanya letakkan di dalam peti sejuk. Manakala bagi penyimpan tauhu putih di bawah adalah petua supaya ianya tahan lama.

Tauhu tersebut akan menjadi lebih tahan apabila ia dididihkan sebentar. Kemudian biarkan ia terendam dalam air rebusan sehingga air itu sejuk. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk.

Monday, April 27, 2015

PUTU PIRING

Bahan-bahan (untuk sekitar 15 keping)

2 cawan tepung beras

3/4 sudu garam
150ml air panas
1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih shj dan gaul dgn 1/2 sudu teh garam)
1/2 cawan gula melaka,diparut
5-6 helai daun pandan
kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
Daun pisang digunting 2inci persegi


Cara-membuatnya:

1.   Tepung beras digoreng tanpa minyak 5 minit. 
2.   Ayak dan biarkan sejuk. 
3.   Campurkan garam dgn air panas dan daun pandan.
4.   Biar sebentar untuk mendapatakn bau pandan. 
5.   Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti, seelok-eloknya gunakan air panas. 
6.   Panaskan pengukus. Griskan acuan putu dengan sedikit minyak. 
7.   Tabur sedikit tepung, kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi di atasnya. 
8.   Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.) biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.
9.   Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat. 
10. Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. 
11. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu. Sedia untuk dihidang.

Sunday, April 26, 2015

Bendi Rebus Tidak Berlendir & Tahan Lama

Bendi enak dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun ramai yang kurang gemarkan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir. Ada cara untuk memastikan bendi tidak berlendir apabila dimasak. Cara-caranya ialah:

BAHAN-BAHAN:

Bendi
1 sudu minyak masak
Air

CARA-CARA:

1. Didihkan air bersama minyak masak.

2. Masukkan bendi dan rebus seketika.

3. Angkat dan toskan air. Hasilnya bendi anda tidak akan berlendir bahkan kesegarannya juga lebih lama.

Sumber : Rasa/karangkraf

Thursday, April 16, 2015

Kek Coklat

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan:

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.

Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

Sumber: http://hanasuva.com/

Wednesday, April 15, 2015

Bibimbap

Bahan-bahan:

280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:

Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.

Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.

Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

Sumber: http://hanasuva.com/

Tuesday, April 14, 2015

CAKOI

Bahan-bahannya :

● 1kg tepung gandun
● 1 pkt instant yeast (mauripan)
● ½ cawan minyak mazola}
● 1½ cawan gula pasir }satukan
● 3½ cawan air }
● sedikit garam }
● 1 sudu teh bikarbonat soda
● 1 sudu teh air kapur
● 2 biji telur

Cara-caranya :

1. Satukan tepung gandum dan yis. Pecahkan telur kedalam adunan tepung tadi, gaul.
2. Masukkan bahan yang telah dilarutkan bersama air.
3. Uli adunan hingga licin dan tidak melekat di tangan.
4. Tutup adunan dengan tuala lembab, biar 2 jam atau hingga keesokan pagi.
5. Uli semula adunan tersebut hingga licin dan lembut.
6. Ambil sedikit adunan dan canaikan.
7. Potong bentuk memanjang 7 X 2 cm
8. Guna lidi atau buluh bunga telur, celupkan dalam air dan basahkan bahagian tengah adunan yang dipotong tadi.
9. Ambil adunan lain yang telah dipotong sama saiz, lekatkan, tekan sedikit dibahagian yang dibasahkan dengan air tadi.
10. Ulangi proses dan goreng dalam minyak penuh dan api sederhana

Sedap makan begitu sahaja atau disapu dengan mentega, kaya, jem atau dimakan bersama kuah kacang/sos.