Sunday, February 8, 2015

BEGEDIL MAGGI

Bahan-bahannya :

Bahan A:
● Sebungkus Mee Maggi - direbus/ rendam air panas
● Sedikit tepung cucur udang segera ADABI (ikut citarasa)

Bahan B:
● Jintan Manis - ditumbuk halus
● Bawang merah - dihiris kecil
● Udang - dibuang kulit
● Cili hidup - dihiris kecil
● Daun bawang - dihiris kecil
● Sedikit telur - 1 bungkus Mee Maggi 2 biji telur
● Sedikit air
● Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :

1. Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan.

2. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak.

3. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas.

Bergedil Maggi ni sedap dimakan panas-panas. Ia juga boleh dicicah dengan sos cili dan mayones. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Denaihati Network

Wednesday, February 26, 2014

LOPIS HITAM PUTIH

BAHAN-BAHAN ( 20 BIJI )

Bahan A (Lopes Hitam)
400 gram beras pulut putih
100 gram beras pulut hitam
450ml air
50ml santan KARA
2 sdm air kapur
2 sdt garam
daun pisang untuk membungkus
3" x 9" tali/getah gelang untuk mengikat

Bahan B (Sirap nangka)
200 gram gula merah diracik
50 gram gula pasir
400 ml air
3 helai daun pandan
1 ulas nangka potong dadu

Bahan C
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sdt garam

CARA-CARA

Lopes: Rendam beras pulut hitam dan putih selama 4 jam. Toskan. Masukkan air, air kapur dan garam, gaul hingga rata dan kukus selama 30 minit hingga masak. Angkat. Ambil sehelai daun pisang, buat bentuk kon tigasegi, masukkan pulut ke dalam daun pisang hingga penuh, tekan padat. Bungkus dan ikat dengan tali erat-erat. Buat sehingga habis. Guna 2 kon daun pisang untuk membungkus

Sunday, February 16, 2014

Easy Pop Corn

Glass bowl + ceramic plate + popcorn kernels = perfectly popped popcorn in the microwave.

No bag. No butter or oil. Nothing to throw away afterward. And even no un-popped kernels.

This is life-changing.

Take 1/4 cup of dry popcorn kernels and place in the bottom of a microwave-safe glass bowl (pyrex is a great choice). Place a microwave-safe plate on top of the bowl. Plate should be wide enough to go beyond the rim of the bowl.

Microwave for 2 minutes 45 seconds. Watch in glory as your popcorn pops perfectly into little puffs of heaven.

frm: https://www.facebook.com/groups/GettingHealthywithTracy/

Saturday, January 18, 2014

TIPS MEMILIH SAYUR-SAYURAN


 :

Di bawah ini beberapa tips untuk memilih sayur-sayuran yang segar:

1.   Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

2.   Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil

3.   Kangkung : Cari yang mempunyai urat dan tidak terlalu panjang.

4.   Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

5.   Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit dan keras.

6.   Lada Hijau/ Merah : Tangkai lada berwarna hijau dan segar.

7.   Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.

8.   Bendi : Pastikan hujungnya lembut.

Sunday, July 14, 2013

Roti Lapis Daging Berkeju

Bahan-Bahan:

Untuk Inti:
300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 paket perencah daging black paper
sedikit air
garam dan gula
minyak

12 keping roti
3 biji telur
200ml susu segar
8 keping slice cheese
cheese cheddar diparut
* sayur-sayur ikut suka

Cara:

Untuk inti:
1.   Panaskan minyak, tumis bawang putih masukkan bawang besar dan daging, gorenglah sehingga daging empuk.
2.   Kemudian masukkan perencah black paper degann sedikit air dan masaklah sehingga daging empuk dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.

Untuk Roti lapis

1.   Sapukan keseluruhan bekas tahan panas degann butter atau mentega
2.   Bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati
3.   Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas. buat sehingga penuh bekas untuk tingkat yang pertama.
4.   Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. Kemudian susun kepingan cheese ke atas daging.
5.   Tutup dengan lapisan roti yang dicelup seperti langkah pertama tadi.
6.   Ulang proses yang sama. Akhirnya taburkan chesdar parut di atas lapisan teratas sekali..
7.   Jika ada lebihan telur siramkan ke atas roti.
8.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c lebih kurang 35-40 minit atau sehingga masak dan kuning
Keluarkan dari oven dan hidanglah untuk dinikmati.

Wednesday, July 10, 2013

Tips: Cara Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang dalam kuantiti yang banyak. Tidak memerlukan tenaga dan bau kuat yang melekat di tangan. Gunakan beberapa cara tradisional untuk mengopek kulit udang dengan cepat.


1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

Sumber: http://tajdidislam.blogspot.com/2013/05/cara-mengopek-kulit-udang-dengan-cepat.html#sthash.acneRqur.dpuf

Monday, July 8, 2013

Kek coklat moist kukus

Bahan2nya

Bahan A
1 cwn koko
1 cwn gula castur
1 cwn minyak masak
1 cwn susu coklat
1/2 cwn susu pekat

Caranya

Satukan bahan n masak atas api perlahan dan kacau sampai sebati tutup api dan ketepikan. Sejukkan
Bahan B
11/4 cwn tepung gandum*
1 sudu teh b. Powder*
1/2 sudu teh bicabonatsoda*
Ayak bahan bertanda*
3 biji telur

Telur di putar hingga kembang n masukkan bahan A yang dah di sejukkan tadi dan masukkan bahan B dan putar sebati masukkan dlm acuan yg telah digris dengan majerin dan dialas kertas minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil kukus hingga masak dalam 45 minit sebelim itu kukus hendaklah dijerang airnya dulu

Topping coklat atas
1 cwn koko
5 sudu susu pekat
Sedikit air (sedikit pekat)
1 sudu majerin

Masak atas api perlahan kacau hingga pekat, angkat dan tuangkan atas kek tadi (kek mesti dah sejuk dahulu) taburlah coklat rice dan apa-apa hiasan yang disukai.